Pages

yellowpagesFind
All  Business Type  Company
Location

Malaysia Push-to-Talk

Malaysia PTT

02 October 2010

Macamana nak layari Facebook secara percuma mengguna handphone?

Salam,
Dalam dok termenung petang2 ni, sambil ngadap pc, abe atok nak kongsikan satu perkara wat korang sumer, tapi kalau yang dah tahu mengenai ni, xper..wat2 tak tahu jer...huhuhu..

Bukan r citer best sangat, cuma abe atok nak kongsi cara bagaimana klau korang nak guna facebook mobile secara percuma. Dah nama percuma, maknanya x yah bayar.. Uiii..sebut kata percuma, semua orang suker..
Sebelum ni abe atok pun x tahu gak, tapi bila dah tahu ni, ntah nape gatai nak kongsi2..

Tapi sebelum tu, ada peringatan cikit tentang perkara ni, sbb bila kita dah aktifkan tetapan ni, Handphone korang x leh nak hantar MMS (Multimedia Mesej Service) dan juga korang x leh nak melayari wap portal. Begitu gak untuk kaki PTT, kalau korang xnak GP korang melingkup, korang jangan dok gatai aktifkan setting ni, sebab data PTT mesti guna APN. Bukan Broadband. 
Dan satu lagi setting ni hanya untuk pembekal MAXIS sahaja, untuk yg lain2 abe atok lum explorer.. Isyaallah, klau abe atok dapat, abe atok kongsi. klau xder gak, korang cari2 kat mana2 pastu kongsi ngan abe atok..hehehe..
Nak tahu tak macama cara2nya?
Pertama..
Handphone korang mesti download atau install software Opera Mini, guna wap portal maxis pun korang leh dapat, tapi klau kredit tambah nilai kurang rm3 rasanya xleh kot, explorer leh r..tapi sebab korang sudi bertandang kemari, abe atok bagi korang free jer, sebab abe atok pun dapet free. Nak? [Klik Sini]. Opera mini version 5.1.

Bila dah muat turun pada pc atau computer tu, korang transfer ke handphone korang. melalui cable connectio, Memory card reader atau Gigi Biru (Bluetooth). 

Bila korang dah siap install Opera mini tu, atau korang dah sedia ada dalam hanphone cangih korang tu, sekarang mari kita aktifkan fungsi broadband simkad Maxis korang tu.

Lankah pertama.
1- Korang taip *100#, kemudian tekan 'Call'
2- Pastu pilih : 7 (Internet dan Tetapan)..."Call'. 
Note: No adakalanya berubah jika pihak Maxis ada penambahan atau pengurangan lain2 perkara atau promosi.
3- Kemudian korang pilih: 3 (Prepaid Broadband)...'Call'.
4- Seterusnya pilih: 2 (Service Switching)...'Call'.
5- Pilih: 2 (Switch to Prepaid Broadband).
6- Last sekali pilih 1 (Proceed) Mengesahkan.
Lepas pada tu, Maxis akan hantar satu mesej, mengatakan simkad korang dah ditukar kepada fungsi BroadBand.

Untuk kembalikan normal, korang leh ikut cara diatas, cuma pada langkah 5, korang pilih 1 'Switch to Hotlink'.

Begitulah secara ringkas abe atok leh kongsi ngan korang. Tapi kalau masih kurang jelas, korang leh dail 11311 utk layan diri percuma, atau korang leh dail 1300-820-120, korang call tanya dia orang yang sambut, itu pun kalau diaorang x sibuk..Kalau dia orang tengah sibuk korang akan dilayani dengan lagu2 yang merdu disamping kredit korang kering begitu saja..apa2 pun x boleh..

Opss..Karipap separuh masak dah sampai, so terpaksa break dulu..Nak Melantak-lantak katanya..

Terima Roger Gedebok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

All about cellphone

Blogger Widgets