Firstly, abe atok nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Cikgu Syam KT124A bersama pasangannya dan Norakma , Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat . Cikgu Syam asal dari Pantai Timur, Rakan PTT Abe Atok,. Seorang guru yg bertugas Pengkalan Hulu, Perak.
Dalam komunikasi secara PTT, kami tidak pernah membezakan antara pangkat atau tugas harian masing2. Ini yang membuatkan keharmonian silatulrahim dalam kelab atau chanel ptt. Pengetahuan masing2 menjadi faktor besar kepada menyumbang idea atau maklumat. Bagi abe atok, dari segi info, PTT lagi cepat dari internet, lagi laju dari Facebook. Lagi jimat dari komunikasi 2 hala atau General Telekomunikasi dan lagi meluas dari walkie talkie.
Seperti bagaimana abe atok ceritakan sebelum ni, kenapa abe atok katakan info dari PTT lebih cepat dari internet. Kesimpulan abe atok nak bagitahu disini mengikut sumber semasa dimalaysia. Bukan secara global. Almaklum sajalah..PTT hanya data suara, x der data video dan lain2. Tapi amat berguna. Atoi...apa abe atok nak crita ni..fening r...
Diringkaskan.. Dalam chanel ptt, aktif member berada diseluruh negara. Tak semestinya dikawasan yang berdekatan. Sbb merangkumi disetiap liputan Wilayah Maxis..huhuhu..
Teringat masa hari raya hari tu, abe atok rasakan kemeriahan rakan2 ptt. Maklumat disalurkan mengenai info trafik semasa, dikawasan masing2. Pada masa sebenar. Kat internet korang leh dapat info mcm tu? Atoi..takkan sambil memandu korang nak taip info trafik? nk online.?.hehhehe.. Opss..yang guna Handphone masa memandu tu, jangan lupa guna handfree. Guna handfree pun selamat ker..ntah..skurang2nya kita berusaha menjaga keselamatan. Ada gak dgr citer, walaupun guna handfree sekalipun mungkin dikenakan saman..Betui ker? Ntah..
"Lokasi, Dari Rompin menuju Mersing..Perjalanan dan pergerakan kenderaan dikedua-dua arah bergerak lancar...Terima rojer.." Haa...cam tu tu lebih kureng info2 yang disampaikan dari rakan2 PTT yang sudi bagi maklumat dan info. Begitulah klau info yang semasa yang selalu digunakan, Mengenai Trafik, Info Setempat, Bencana Alam dan lain2.. cuma slang bahasa bergantung pada individu atau kenegerian.. Adakalanya lucu, klakar, senang citer..macam2 ada.
Kadang2 pulak. Agak2 ada gak sebutan tu mendapat mendapat sambutan, walaupun abe atok sendiri pun x paham dari mana kadang2 sebutan tu bermula..Ada yang sedap didengar, juga sebaliknya..
Biasanya bahagian ending jer slalu disesuaikan.
Sebutan yang mana abe atok selalu dengar pada sambungan sebutan ROGER..
Terima...RoGER..
ROJOR Gedebok...Biasanya rakan2 ptt Pantai Timur.
Lepok, LepoQ..
Kalau GPRS bad connection plak.
GP Melingkup atau melingkup out (kebanyakkan sebutan yg digunakan)
GP COndong2 ( Hehehe..cam tiang electrik r plak..)
GP Senget2,
GP Menunggeng..
GP Khepot2...(Atoi...sebutan baru yang abe atok dengar)
Klau nak ajak rakan2 minum atau sedang lepak2 diwarung atau mana2.
Ngeteh - asalnya goyang teh. (Biasanya bhagian selatan selalu guna)
Macam tu lar lebih kureng ayat2 atau sebutan yang kadang2 abe atok sendiri guna..walaupun bunyi sebutan cam pelik n klakar..tp seronok gak.. Banyak lagi sebenarnya sebutan2 dalam chanel ptt ni klau korang dengar. Kadang2 mengikut loghat2 masing2.. Lagi meriah klau dalam chanel tu, ahlinya dari pelbagai pelusuk negeri..
Mungkin korang leh bagitahu abe atok klau korang juga kaki ptt, kongsikan bahasa atau sebutan yang slalu digunakan. Sekadar suka2 atau info bersama.
Sekarang abe atok nk cerita plak macamana kalau rakan baru yg joint chanel kena lapor suara, bukan lapor diri.. Biasanya dalam chanel Peribadi. Sbbnya yg chanel peribadi ni bertuan, chanel umum pun bertuan, cuma kita tak tahu tuannya saper2..tp ada gak yang kita tahu, itupun klau tuan dia sendiri hantar atau sumber2 lain.
Klau korang masuk chanel baru tu, Salam tu jangan lupa, itu kalau korang ni muslim. Seperti mana kita diasuh, nak masuk umah sendiri pun kita bagi salam, apalagi nak masuk rumah orang.. Mat saleh pun paling tidak sebut HELLO.. apa lagi kita..tak gitu? Biar beradab dan beradat. Jangan main larung semacam jer..
Dan kalau boleh, amalkan bagi salam dulu setiap kali korang lapor suara. Tak kira r chanel tu chanel baru korang dapat ada dah lama. Bukan apa, sesentengah org mungkin cara kita yang main terjah, x pandang kiri kanan tu bukan setakat x beradab atau beradat, mungkin gak nampak cam kureng ajaran jeq.. lagi plak abe atok dok prati tengok, dlm chanel depa2 dok perang2 pun rmai gak masuk lapor suara siap bismillah..apa lagi bagi salam..
Ini cuma pendapat abe atok, mungkin korang yang lg senior sebagai pengguna ptt, lagi sedia arif dan maklum...tak gitu?
Sekian..
Terima Roger Gedebokk..bokk..bokk..(sebutan baru katanya).
Acara makan Damai KT124A - Cikgu Syam dan Pasangannya.
![]()