Apa khabar anda hari ini.
Hari ini abe atok ada topik baru..emm..mengenai PTT, ah, biasa r..apa lagi klau tak kerana ptt.
Sekejap tadi ada rakan ptt abe atok datang bertandang.. Lama gak abe atok tak nampak rakan ptt abe atok ni.
Maklum r sbb masing2 punya tugas, kena plak aliran berbeza, cuma minat yang sama.
Seronok kalau korang yang pernah join rakan2 ptt ni kalau korang nak tahu. Kenapa ek?
Sebab, dalam kita berkawan, berhubung, kalau orang kelantan cakap bersaing. Walaupun bidang yang kita ceburi, berbeza pendapat, berbeza jantina dan juga berbeza bangsa. Tapi bab cerita ptt, kita orang ada cerita yang sama. Kalau dalam satu ari, ayat atau perbualan yang tak pernah tak dengar.. 'melingkup'. Ayat yang paling glamour lar kiranya. Kalau ikutkan perkataan ni mungkin janggal bagi sesetengah org, tapi bagi abe atok ngan rakan ptt dah biasa sangat. Bak kata kalau korang masak apa2 kalau tak der garam atau gula, a,,aa, begitu gak ayat 'Melingkup' yang tak pernah lekang daripada perbualan kita orang.
"Oi..mana ko ilang ari ni, melinkup ker?, ini yang tanya..tapi ok..sbb tanya..tapi yang jawap, banyak andai boleh ditafsirkan. Sebab bagi abe atok la, kalau orang lain abe atok tak pasti sangat. Kalau yang jawab 'Melingkup'. Kita lihat contoh k
"Aisey, aku melingkup r tadi"
"Bengang tul, asyik melingkup r"
tapi sebenarnya kan ini hanya alasan jeq, tapi faktornya bergantung kepada individu..
Kalau yang jawab "Mesin aku melingkup".
Ini ada 3 kebenaran.
Pertama - Melinkup sebab rodtax tak boleh bayar. Rodtax maksud bagi bayaran bulan untuk sambungan servis untuk pengkhidmatan, yang mana setiap bulan kena bayar sebanyak rm15.00 sebulan. Memang pada dasarnya rm15.00 tu bukan besar pun. Tapi kalau dah banyak perkara lain yang perlu didahulu maka terpaksa la, tangguhkan untuk ptt ni dulu. Alah bukan cakap orang lain, abe atok sendiri pun macam tu, walaupun abe atok tokey kedai jual tupop. huhuhu..apo2 tak boleh la kan..
Yang kedua.
Mungkin betul mesin, kaki ptt mana panggil handphone ptt, kalau panggil handphone ptt ni kira baru belajar main ptt dalam seminggu jer.. Mesin dia melinkup atau rosak. Agaknya kena terpijak atau terbaling oleh anak2. Kaki ptt, walaupun diaorang ada handphone spare (untuk panggilan biasa katakan), secangih mana handphone spare dia orang ni, mesin ptt gak yang paling disayangi. Tak caya, cuba r tanya kaki ptt. nak tahu sebab apa? Sebab handphone biasa ni, dia orang guna skali skala jer, berbunyi pun skali sekala jer..korang yang hanya guna hanphone cangih2, berapa kali handphone korang berbunyi dan korang terima pangilan atau memanggil dalam satu ari, kadang dalam satu ari satu kali jer, betul tak? Paling tidak pun yang mana tengah angau dilamun cinta pun, tot,tet,tot,tet..mesej jer.. Tapi yang mana guna ptt ni, kalau battery tu boleh tahan samapai seminggu, abe atok rasa la..seminggu gak handphone tu berbunyi..bagi yang tak biasa mesti cakap ..ntah apa2 ntah. Abe atok pun cakap macam tu gak dulu. Tapi bila dah ada sendiri..Tidor pun ngeret, ngok ngek, kreet, creet..macam2 bunyi ada, tuan dah tidor, tapi handphone atas dada..Paling tidak brenti, Bini atau isteri of, tak pun sorok..hehehe..macam budak2 plak kadang2 kalau abe atok fikir, tapi seronok kalau korang nak tahu. Klau r bini membebel sebab bising, abe atok slow2 pasang handfree..hehehe..baru senyap kat telinga anak bini, tapi bukan kat telinga abe atok..apo2 jer r..
Yang ke3,
Melingkup yang ni bukan sebab mesin rosak, atau roadtax tak boleh bayar, tapi setting masalah. Ini selalu jadi masalah kepada mereka yang masih baru. kesian kan, duit dah bayar rm15.00, mesin ok, GPRS ok, tapi tak boleh guna, Abe atok dulu pun macam ni gak..sampai kering duit topup wat telefon maxis customer servis. dok tanya kenapa jadi macam ni. Bila on PTT, kata laluan atau nama pengguna salah. Dalam perkara ini, bukan salah orang lain, tapi kita sendiri, sebab suka usik seting dia tanpa kita tahu untuk apa setiap yang ditetapkan. jadi sebelum abe atok terang macamana nak setle masalah ni, kita cari punca kenapa ianya berlaku. Dah jadi tabiat abe atok, sebelum ambil keputusan dalam bab2 repair merepair atau baik pulih handphone, abe atok lebih suka cari punca dia dulu, tak kira samaada setting, software atau hardware yang masalah. Tapi bila kita cari punca, kita akan macamana nak ambil tindak sekiranya perkara yang sama berulang. Dan kerana sebab tu abe atok suka tanya customer, yang mana hantar handphone untuk baik pulih, kenapa handphone jadi macam tu, samaada masuk air, jatuh, terpijak atau lain-lainnya. jadi kajian bergini senang abe atok cari punca kerosakkan dia, tapi kalau yang masuk air tu, bukan kata handphone, sebesar2 kereta pun kalau dah masuk air boleh mati wooo..apatah lagi handphone yang sebesar tapak tangan dan isi perutnya adalah komponen electronik. lagi r..tapi percaya atau tidak, hanphone yang tak berjaga, maksud abe atok, dengan berdaki, berketul2 kat tepi handphone, celah2 keypad, dan kawasan2 lainnya. peratusan untuk dibaik pulih jika termasuk didalam air adalah tipis dibandingkan dengan handphone yang sentiasa dijaga kebersihan. Ini bukan sekadar andaian abe atok, tapi melalui kajian. tak percaya? cuba korang titik air pada satu tempat yang koto, berhabuk atau berdebu, Korang boleh nampak kesan serapan air oleh patikal atau habuk tu lebih cepat dari kawasan yang bersih. Jadi kalau korang nak tahu, barangan electronik yang berarus electrik mempunyai cas electrik statik yang tinggi, alah..macam kat sekolah dulu kita belajar, cikgu suruh gosok pembaris plastik kat kepala/rambut, pastu test pada carik2 kertas..bukan main melekat kertas tu kat pembaris, cam ada magnet kan? aaa...begitu lah kesan electrik statik, dasar electrik tu lebih cepat menyerap habuk2 dan air tu meresap.Dan sekiranya korang biarkan atau bertanguh untuk hantar servis, maka peluang lagi tipis, sebab kandungan habuk2 tu bercampur garam, daripada peluh kita sendiri. Begitu lah alkisahnya..
Mak ai..dah melencong samapi kesini r ceritanya..isk..kalau macam ni abe atok tak boleh cari makan ni..
Tapi tak per, abe atok kongsikan pengetahuan yang mana abe atok tahu..Pernah mak abe atok cakap, Orang kedekut nati matinya busyuk...hiss..tak nak r macam 2..
K, kita kembali kepada fokus asal. Salah Kata laluan atau nama pengguna, Bagi abe atok, ini sebenarnya salah nama pengguna yang utama, sebab kebanyakan yang datang jumpa abe atok, 85% salah nama pengguna, nama buat kepada yang baru dalam ptt, pesan abe atok, bahagian setting tatajah ptt, no telefon yang anda tengok dalam satu ruang tu adalah no telefon simkad anda, jangan sesekali anda ubah no tu, contohnya dia tulis dibahagian bawah Nama Pengguna, atau 'user name' : 60123456789, inilah nama pengguna, jangan letakkan nama anda atau anda ubah no ni. Kata laluan pula sukar untu kita mengenal pasti, paling tidak atau paling cepat anda nak cari kata laluan yang berselindung disebalik 6 bintang tu amik masa paling cepat 2jam setengah. tapi kalau salah buat. yang sikit jadi parah. so jangan ubah no atau kata pengguna yang ditetapkan oleh Syarikat Maxis. Kecuali pada bahagian nama pengguna lalai, yang ini anda boleh masuk apa saja nama yang anda inginkan. Inilah yang selalu berlaku, mungkin kerana sedikit kesilapan, menyebabkan ptt tak boleh berfungsi.
Sekiranya anda berada ditahap ini, dan tidak tahu bagaimana nak perbetulkan kesilapan dia, abe atok terangkan sedikit sebanyak mengikut apa yang abe atok dah buat selama ni. insyaallah segalanya dapat diatasi.
Ada dua cara, samaada secara cepat atau perlu mengikut step by step.
Abe atok bagi yang simple.
Dan anda boleh melakukan tanpa perlu pergi kemana-mana kedai handphone.
Langkahnya seperti berikut.
Pergi kat Mesej,
Taip mesej:
PTT Jarak Model Telefon. Contohnya,
PTT 6020
Kemudian hantar ke no pusat pengendali ptt 22333.
Tunggu sehingga anda terima setting yang dihantar oleh Maxis.
Buka mesej tersebut.
Tekan Pilihan (Option)
Kemudian simpan (Save)
kemudian dia akan tanya "Simpan sebagai lalai" (Set as Defult).
Tekan Ya. (Yes)
Kemudian tekan Selesai (Done).
Cuba on PTT.
Sekarang PTT anda dapat berfungsi seperti biasa..
Langkah yang kedua, bagi sesetengah orang mungkin cara ni cerewet sikit, tapi kepada anda yang mahukan setting tatarajah, yang bukan dari model handphone yang anda gunakan, inilah caranya, tapi kena ingat, semua model tidak menyokong sistem yang sama, contohnya anda menggunakan model handphone nokia 6020, tapi anda minta nokia model n95 atau jenis model yang platform atau pelantar siri 60 3rd edition yang lainnya, ini tidak boleh dilakukan, kerana nokia 6020 adalah menggunakan platform siri 40 pack 1, ada juga siri 40 3rd, yang ni pun tak boleh support.
Ok, cara2nya seperti berikut:
Tapi proses ini anda perlu lakukan dengan cepat, kalau tak, perhubungan mudah terputus. Tapi kalau celcom atau DG kita boleh stay dalam masa seminit lebih dari satu ke satu penjarahan.
Dail *100#
Kemudian pilih Inter & Tetapan,
Saya tidak boleh tetapkan no, sebab kedudukan untuk tetapan kadang2 berubah mengikut acara promosi oleh Syarikat Maxis, jadi abe atok cadang supaya anda cari yang tertera 'Tetapan'.
Kemudian tekan keypad 'CALL', lagi cepat daripada anda pilih pilihan, kemudian hantar.
Jawab, Pilih no dimana 'Tetapan',
Jawab atau pilih 'Tetapan' sehingga tertera satu pertanyaan "Adakah anda menggunakan Model ****, Maksudnya model handphone yang anda gunakan. Dan sekiranya anda ingin menukar pada model lain, pilih tidak, kemudian pilih model, model kena pilih nokia, jangan guna model lain, kemudian cari jenis model yang handak digunakan, tapi kena ingat apa yang saya bagitahu sebelumnya.
Sekiranya anda ingin menjawab ya, Jawab, masukkan no 1, kebiasaan no 1 bagi jawapan 'Ya'.
Kemudian "Sila pilih Tetapan'.
Bahagian sini juga adakalanya berubah, kalau sebelumnya anda pernah melakukan permintaan tetapan, Last sekali anda tinggalkan proses ini dengan pilihan push-to-talk berada pada no 2, mungkin kali ini ianya berpindah pada no satu, yang penting anda Pilih 'Push-to-Talk.
Sekarang anda perlu tekan keypad tamat panggilan, keluar kepada idle scree. tunggu sehingga tetapan tatarajah diterima. Simpan Tetapan tersebut, setkan sebagai.
Orait, sekarang anda boleh menggunakan ptt anda selagi GPRS tak melingkup, Mesin tak melingkup atau atau Roadtax tak melingkup.
Waduh, panjang bebenor coleteh ari ni, haus r plop..
Abe atok nak g beli tea o ben segelas,
Kita sambung lain kali dan cerita yang lain plak.
Selamat mencuba, ceria2 selalu dan senyum sokmo2.
Bye..bye..
Abe Atok.
![]()